Sign In
Web Creator

​Mengenai Jabatan Penjara​​


SEJARAH
Jabatan Penjara adalah sebuah agensi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran am penjara.
 
Jabatan ini telah ditubuhkan pada 1 Mac, 1954 setelah dipisahkan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei di bawah pentadbiran Assistant Resident Morris dan pegawai-pegawainya terdiri dari anggota polis tempatan.
 
Seorang pegawai tempatan berpangkat Penguasa Penjara telah dilantik sebagai ketua jabatan pada 30 Disember, 1959 iaitu Yang Mulia Dato Paduka Pengiran Haji Hidup bin Pengiran Hashim. Jawatan Penguasa Penjara tersebut ditukar gelarannya kepada Pengarah Penjara pada 1 Januari 1985 dan penjawat pertamanya ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Haji Mohd Said.

PENGENALAN


Definisi Penjara:-

Dari Bab 2, Akta Penjara Penggal 51

"Bermakna sebarang Rumah, Bangunan, Kawasan yang disekelilingi oleh Tembok Dinding Batu, Pagar-Pagar Berduri atau mana-mana bahagian daripadanya yang diistiharkan sebagai sebuah penjara."
 
Jabatan Penjara adalah sebuah agensi kerajaan dibawah kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang mentadbir 3 (tiga) buah institusi Penjara iaitu :

 Institusi Penjara Jerudong
Institusi Penjara Jerudong telah mula beroperasi sejak mulanya penubuhan Jabatan Penjara iaitu pada 1 Mac 1954.
Bangunan penjara (lama) berkenaan hanya mampu menempatkan 28 orang banduan.
Setelah bangunan baru Penjara Jerudong siap dibina ianya telah mula digunakan pada 1 Februari 1980.
Bangunan baru berkenaan boleh menempatkan sejumlah 130 orang banduan Lelaki dan 16 orang banduan wanita.
Institusi ini merupakan pusat penerimaan bagi banduan lelaki. Menerima semua jenis dan kategori banduan dan tahan sementara (remand), menjalani hukuman sehari sehingga hukuma  seumur hayat, hukuman mati dan Perintah Tahanan. Banduan-banduan yang menjalani hukuman kali pertama dan kedua akan dipindah ke Penjara Maraburong, Tutong.

Institusi Penjara Wanita
Sebelumnya Penjara Wanita adalah dibawah pentadbiran dan kawalan Pegawai Yang Menjaga Penjara Jerudong (Lelaki) sehinggalah pada tarikh 7 Februari 2002 ianya telah diasingkan menjadi sebuah institusi yang ditadbir sendiri oleh seorang Pegawai Yang Menjaga (Wanita).
Bangunan Penjara Wanita terletak bersebelahan dengan Penjara Lelaki Institusi Penjara Jerudong
 
 Institusi Penjara Maraburong Fasa 1
Institusi Penjara Maraburong mula beroperasi pada 1 Ogos 2001.
Penjara ini menempatkan banduan lelaki bagi kemasukan pertama dan kedua kali yang dipindahkan dari Penjara Jerudong.
 Institusi Penjara Maraburong Fasa 3

Institusi Penjara Maraburong mula beroperasi pada September 2018.
Penjara ini boleh menampung seramai 280 orang Banduan Lelaki.




//