Sign In
Web Creator

​Tugas dan Tanggungjawab​

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan​​​


Pengurangan Risiko Bencana  
Membentuk pelan dan rangka kerja dasar dan strategic seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perintah Pengurusan Bencana 2006;

Peningkatan Keupayaan Operasi Bencana 
Mengadakan latihan-latihan simulasi operasi bencana melalui kerjasama dan koordinasi yang mantap dengan sokongan padu agensi tempatan bagi memastikan para petindak daripada agensi-agensi berkaitan bersiapsedia bagi melaksanakan tindakan respon sekiranya bencana berlaku;

Peningkatan Kesedaran Awam 
Mengadakan program, projek dan aktiviti kesedaran awam bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan orang awam agar sentiasa peka mengenai risiko bencana dan mengetahui tindakan yang harus diambil semasa menghadapi bencana;

Peningkatan Kapasiti Pentadbiran Dan Pengurusan 
Menghantar para pegawa idan kakitangan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan jabatan-jabatan berkaitan bagi menghadiri latihan-latihan dan kursus pelbagai jurusan pengurusan bencana bagi meningkatkan kemahiran dan tahap profesionalisme;
Rangkaian Kordinasi Bersama Agensi Tempatan
Meningkatkan kapasiti dan memperbanyakkan rangkaian kordinasi bersama agensi-agensi dan jabatan-jabatan di Negara Brunei Darussalam bagi memperkukuhkan hubungan dengan sector swasta dan/ atau sector bukan kerajaan dalam menangani bencanamelalui bantuan kemanusiaan mahupun pengurusan risiko bencana;

Rangkaian Kerjasama Serantau Dan Antarabangsa
Meningkatkan kapasiti dan memperbanyakkan rangkaian kordinasi bersama agensi-agensi yang berkaitan dengan pengurusan bencana di rantau dan antarabangsa bagi Melaksanakan mandate Perintah Bencana Kebangsaan 2006, yang mana NDMC berperanan sebagai agensi utama yang menjadi penghubung dan perantaraan bagi Negara Brunei Darussalam dengan institusi/organisasi di rantau antarabangsa dari sudut pengurusan bencana.




//