Sign In
Web Creator

​​​​​Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri merupakan salah satu daripada 12 buah Kementerian yang ditubuhkan pada 1 Januari 1984, iaitu tarikh Negara Brunei Darussalam mencapai semula taraf sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di samping menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada awal penubuhannya.



Dalam satu penyusunan semula Jemaah Menteri-Menteri Kabinet pada 21 Oktober 1986, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan melantik Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim menjadi Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Seorang Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga dilantik di samping peruntukan seorang Setiausaha Tetap yang sedia ada.


Sejak 15 Jun 1996 sehinggalah sekarang, terdapat 12 buah Jabatan yang diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri seperti berikut;

Picture3.png  

//