Sign In
Web Creator
​​​​​

Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-77 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah 

Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bagi Tahun 2023


​GARISPANDU MENGHADIRI DAN ETIKA SEMASA BERADA DI MAJLIS
  1. UJIAN ANTIGEN (ART)
    Para Jemputan adalah dinasihatkan untuk:
    • Melakukan ujian ART sebelum menghadiri Majlis.
    • Memuatnaikkan (upload) hasil keputusan ART ke dalam aplikasi BruHealth.
    • Hanya individu yang mendapat keputusan negatif sahaja yang dibenarkan menghadiri Majlis.
    Perhatian:
    • Para jemputan dibekalkan ART Kit dan dikehendaki melakukan ujian ART di rumah masing-masing.
    • Jemputan yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selesma, masalah pernafasan dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk tidak menghadirkan​ diri.
    ​​​
  2. PAKAIAN
    • Lelaki: Baju Cara Melayu.
    • Perempuan: Baju Kurung dan Bertudung.
  3. TATATERTIB
    • Hendaklah berada di tempat duduk sehingga acara Majlis selesai.

  4. KAD-KAD MASUK
    • Kad Masuk ini adalah khas untuk orang yang dijemput sahaja dan tidak boleh diberikan kepada orang lain (orang yang tidak dijemput).
    • Kad Masuk hendaklah diberikan kepada petugas-petugas.
    • Kad Masuk ditunjukkan kepada Penyambut Tetamu untuk diiring ke tempat duduk yang disediakan.

  5. ATURCARA MAJLIS
    • Para Jemputan bolehlah mendapatkan program Majlis ini melalui pengimbasan kod QR atau menekan pautan ATURCARA.

  6. JAWAPAN KEHADIRAN (RSVP)
    • Para Jemputan bolehlah membuat catatan Kehadiran samada melalui pengimbasan Kod QR RSVP atau menekan pautan RSVP.

  7. PERTANYAAN DAN MAKLUM BALAS
    • Bagi sebarang pertanyaan (Jemputan/Kehadiran) mengenai Majlis ini, bolehlah menghubungi di talian 222 3225 samb. 215, Bahagian Perbandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
​ ​
​​​
ATURCARA


Imbas kod QR diatas untuk memuatturun​​
Aturcara bagi majlis ini, atau klik disini
​​
RSVP


Imbas kod QR diatas untuk memberi maklumbalas/
RSVP bagi majlis ini, atau klik disini


//