Jabatan Imigresen & Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Penjara
Hal Ehwal Imigresen- Menyelaras hal ehwal pasport, visa dan pas-pas kerja.
- Memproses permohonan bagi mendapatkan permit masuk.
- Menimbangkan permohonan-permohonan orang-orang asing untuk berkahwin dengan rakyat tempatan.
Hal Ehwal Pendaftaran Kebangsaan- Memproses permohonan taraf kerakyatan di bawah Bab-Bab tertentu dari Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei.
- Memproses keputusan ujian Bahasa Melayu yang dihadapkan oleh Lembaga Bahasa Melayu bagi melayakkan pemohon-pemohon untuk mendapatkan taraf kerakyatan.
- Meneliti rayuan mereka yang menuntut semula status kerakyatan di bawah Bab-Bab tertentu dari Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei setelah taraf kerakyatan mereka dibatalkan atau ditarik balik.
Hal Ehwal Keselamatan- Urusetia kepada Lembaga Penasihat Mengenai Orang-Orang Tahanan (Akta Keselamatan Dalam Negeri Penggal 133).
- Menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Undang-Undang Jenayah (Tahanan Kerana Keselamatan Penggal 150).
- Meneliti rayuan yang dihadapkan kepada Menteri menurut Akta Pertubuhan-Pertubuhan.
Hal Ehwal Penjara- Meneliti dan menilai keberkesanan program-program pemulihan penghuni-penghuni penjara.
- Memproses rayuan penghuni-penghuni penjara untuk dibebaskan.
- Memantau keselamatan institusi-institusi penjara.
- Memproses sokongan perlantikan Jaksa Pelawat Penjara.
Jabatan Buruh, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan
Hal Ehwal Buruh- Menyelaras hal ehwal Jabatan Buruh yang berkaitan dengan hal ehwal perburuhan, pekerjaan, tenaga manusia dan perancangan termasuk cadangan pembaharuan perkhidmatan.
- Memantau keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan penyediaan/penggubalan akta-akta atau perintah-perintah, dasar-dasar berhubung kait dengan hal ehwal perburuhan.
- Menyelaras mesyuarat antarabangsa seperti:
- ASEAN Labour Ministers Meeting (ALMM)
- Senior Labour Officials Meeting (SLOM)
- International Labour Organisation (ILO)
- Asia Europe Ministers Meeting (ASEM)
- Urusetia kepada Jawatankuasa Menangani Isu Pengangguran di Negara Brunei Darussalam.
- Memantau keberkesanan Pusat Pekerjaan Tempatan.
Hal Ehwal Bomba dan Penyelamat dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan- Menyelaras hal ehwal Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berkaitan dengan kebombaan termasuk cadangan pembaharuan perkhidmatan.
- Menyelaras hal ehwal Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan yang berkaitan dengan pengurusan bencana.
- Urusetia kepada Majlis Bencana Kebangsaan.
|