Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

DAFTAR LESEN ANJING

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa para pemilik anjing peliharaan atau yang baharu memiliki anjing supaya mendaftarkan anjing mereka sebelum 1 Februari 2020.

Anjing-anjing yang didaftarkan hendaklah berusia tiga bulan ke atas.  Pendaftaran bolehlah dibuat di kaunter-kaunter Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Jabatan Bandaran Tutong. Kaunter Pembayaran dibuka pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:30 petang hingga 3 petang serta hari Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 10 pagi sahaja. Adalah menjadi kesalahan dibawah Akta Anjing (Penggal 60) Bab 4, jika gagal mendaftarkan anjing-anjing mereka akan dijatuhkan hukuman denda $250 atau 14 hari penjara bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh dijatuhi hukuman denda $500 atau sebulan penjara.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin mengingatkan pemilik anjing yang telah didaftarkan perlulah dikalungkan lencana pada leher anjing pada setiap masa.  Bagi pemilik berdaftar yang mempunyai lencana anjing tetapi tidak dikalungkan pada anjing tersebut juga akan diambil tindakan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda $250 atau sebulan penjara dibawah Akta Anjing (Penggal 60) Bab 5 (1).

Pemilik anjing peliharaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anjing-anjing peliharaan mereka untuk sentiasa berada di dalam kawasan rumah sahaja samada di kandang / sangkar atau ditambat.



Attachments
Created at 21/01/2020 13:41 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 29/02/2020 15:00 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad