Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) melalui Jabatan-Jabatan Bandaran telah memperkenalkan satu inisiatif baharu dalam memudahcara pembayaran cukai bangunan di kawasan-kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan; Kuala Belait dan Seria; dan Tutong.
Pembayaran cukai bangunan boleh dibuat dalam talian di laman sesawang www.bibd.com.bn dan www.baiduri.com.bn dan juga aplikasi perbankan BIBD Mobile App dan Baiduri Personal i-Banking .
Perkhidmatan ini akan dapat memberi kemudahan kepada pembayar cukai bangunan untuk menjelaskan tuntutan cukai pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat, tanpa perlu datang ke kaunter pembayaran di Jabatan-Jabatan Bandaran di Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Seria dan Tutong.