Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

Pembayaran Cukai Bangunan Dalam Talian

​Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) melalui Jabatan-Jabatan Bandaran telah memperkenalkan satu inisiatif baharu dalam memudahcara pembayaran cukai bangunan di kawasan-kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan; Kuala Belait dan Seria; dan Tutong. 

Pembayaran cukai bangunan boleh dibuat dalam talian di  laman sesawang www.bibd.com.bn dan www.baiduri.com.bn dan juga aplikasi perbankan BIBD Mobile App dan Baiduri Personal i-Banking . 

Perkhidmatan ini akan dapat memberi kemudahan kepada pembayar cukai bangunan untuk menjelaskan tuntutan cukai pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat, tanpa perlu datang ke kaunter pembayaran di Jabatan-Jabatan Bandaran di Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Seria dan Tutong.

[QR CODE] Tatacara Pembayaran Cukai Bangunan Dalam Talian (1).png

Attachments
Created at 27/02/2019 16:42 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 18/04/2019 14:10 by Kartini Binti Yakub