Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/UTM/Q1006/2022

​The Supply, Delivery, Installation, Configuration and Testing of Firewall, Core and Access Switches for Ministry of Home Affairs.

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 29/11/2022

Maklumat Perhubungan:

Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Dasar dan Perancangan, KHEDN

​YURAN TAWARAN : BND$50.00 (Tidak dikembalikan)

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut:

  1. Tawaran sebutharga hanyalah dipelawa kepada syarikat-syarikat ICT yang mempunyai kepakaran di dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
  1. Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam, atau sijil pendaftaran perniagaan dan juga menyertakan salinan borang pembayaran tuntutan melalui Bank (EFT) dan Certificate of Tax Compliance yang terbaru.
  1. Tawaran-tawaran mestilah menggunakan borang-borang tawaran yang bercetak oleh kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga boleh menghubungi Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui e-mel di moha.it@egc.gov.bn
  1. Borang-borang tawaran projek hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran sebutharga, nama tawaran sebutharga dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat.
  1. Semua tawaran sebutharga hendaklah dialamatkan dan dimasukkan kedalam:


Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil
Aras Bawah
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan James Pearce
Bandar Seri Begawan, BS8610
Negara Brunei Darussalam

 

Tidak lewat dari jam 2.00 petang pada hari Selasa, 29 November 2022.

  1. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.
  1. Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran tersebut hendaklah mengikuti Info Day (Site survey) yang akan diadakan pada Hari Isnin, 21 November 2022 jam 9.00 pagi di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tawaran yang diterima tanpa mengikuti Info Day di atas tidak akan dilayan atau diterima.​​
  1. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.


Attachments
Version: 3.0
Created at 15/11/2022 9:30 PG by Pg Mohammad Dzulkhairi bin Pg Haji Mohamad
Last modified at 15/11/2022 10:39 PG by Pg Mohammad Dzulkhairi bin Pg Haji Mohamad
Iklan