Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions

Bilangan Iklan:

KHEDN/BPE/Q1089/2019

To Supply, Repair And Troubleshooting Existing Air Conditioning Split Unit And VRF System At Ministry Of Home Affairs Building


Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 13/11/2019

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Estet, KHEDN.

Tarikh akhir mengambil dokumen tawaran: ​Hari Isnin, 11 November 2019

Yuran sebutharga: Percuma

Syarat Syarat untuk mengikuti  tawaran kerja  sebutharga adalah seperti berikut:

  1. Tawaran  hanyalah dipelawa kepada  Syarikat Syarikat / Pemborong Pemborong  yang  berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas I & II dalam Kategori ______M01 ________ SAHAJA Di Negara  Brunei Darussalam .
     
  2. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan Penerangan lanjut bagi mengikuti  sebutharga bolehlah  datang terus  ke Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
     
  3. Bagi Syarikat /Pemborong yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan   salinan  sijil  pendaftaran  16 dan 17  yang dikeluarkan  oleh Bahagian  Pendaftaran  Syarikat Syarikat , Jabatan Peguam Negara, Negara Brunei Darussalam dan  juga  menyertakan salinan  sijil pendaftaran  Kontraktor Dan Pembekal , Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam yang masih sah laku.

  4. Borang borang  tawaran sebutharga hendaklah  diisi dengan lengkap dan memasukkannya  ke dalam  sampul surat yang bertutup (sealed Envelope)  dengan  menulis  bilangan tawaran, nama  tawaran dan tarikh tutup  tanpa membubuh  sebarang pengenalan  atau identiti pemborong atau Syarikat .

  5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam

    Peti Kotak Sebutharga,
    Aras Bawah Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
    Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam
     
  6. Tawaran yang  diterima  lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau  tawaran yang tidak lengkap,  tidak akan  dilayan atau diterima.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.


Attachments
Created at 07/11/2019 15:29 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad
Last modified at 07/11/2019 15:34 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad