Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions

Bilangan Iklan:

KHEDN/EG/EPTAX/1

Electronic Property Tax (EPTAX) – Municipal Property Database (MPD), Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 10/09/2019

Maklumat Perhubungan:

secretariat.mpd@moha.gov.bn

Syarat-Syarat Tawaran:

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat ICT yang mempunyai kepakaran dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
  1. Syarikat yang berhajat untuk menyertai tawaran ini adalah dimestikan terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran dan menyediakan keterangan perniagaan di dalam Business Reporting (BR) portal. Maklumat lanjut pendaftaran ini boleh didapati di www.business.gov.bn.
  1. Syarikat yang berhajat untuk menyertai tawaran ini juga hendaklah memenuhi keperluan kuadran Highly Specialised di dalam Dasar Pembangunan Perniagaan Tempatan bagi industri ICT ( Local Business development, LBD), Maklumat lanjut mengenai dasar LBD ini boleh didapat di laman sesawang www.memi.gov.bn
  1. Mana-mana syarikat yang berhajat untuk ikut serta bagi tawaran yang tersebut diatas hendaklah membuat pembayaran bagi harga yuran tawaran yang berjumlah $500.00 dan dan seterusnya mendapatkan dokumen tawaran dalam bentuk cakera padat (CD) berharga $5.00 dari:

Unit Pengawalan Hiburan Awam,
Tingkat 3,
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan James Pearce
Bandar Seri Begawan BS8610
Negara Brunei Darussalam

Bagi Syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam. 

  1. Borang-borang tawaran hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Syarikat.
  1. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam

Peti Lembaga Tawaran Kecil
Aras Bawah
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan James Pearce
Bandar Seri Begawan, BS8610
Negara Brunei Darussalam

Tidak lewat dari jam 2.00 petang pada hari Selasa, 10 September 2019.

Sesi penerangan tawaran (Infomation Day) akan diadakan pada hari Khamis, 1 Ogos 2019 bertempat Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 9 Pagi. 

  1. Syarikat yang berminat untuk menghadiri sesi penerangan berkenaan hendaklah membuat pembayaran yuran tawaran  terlebih dahulu dan menghadapkan tiga (3) orang nama wakil kepada Kementerian ini melalui email secretariat.mpd@moha.gov.bn bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesi ini bolehlah menghubungi Urusetia melalui email secretariat.mpd@moha.gov.bn.
  1. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.
  1. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah. 
Attachments
Created at 10/07/2019 10:19 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad
Last modified at 11/07/2019 13:53 by Nusratina Binti Hj Md Daud