Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions

Bilangan Iklan:

PJB/TAWARAN/03/2019

​KONTRAK KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN PEMOTONGAN RUMPUT DI BANGUNAN IBU PEJABAT JABATAN BURUH (3 TAHUN), JALAN DEWAN MAJLIS, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 9/04/2019

Maklumat Perhubungan:

Unit Kewangan, Tingkat 1, lbu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis

  1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam kerja-kerja pembersihan yang berdaftar di dalam Kelas ll di bawah Kategori SO2 sahaja.
     
  2. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) dengan menyatakan nama dan Bilangan Tawaran, Tarikh tutup dan kepada yang ditujukan tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong dan dihantar kepada alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran.
     
  3. Tawaran hendaklah dimasukkan di dalam PETI TAWARAN, Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan dialamatkan kepada:-
    Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil
    Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
    Tingkat 1, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
    Jalan James Pearce,
    Bandar Seri Begawan BS 8610
    NEGARA BRUNEI DARUSSATAM

    4. Tawaran hendaklah sampai kepada Pengerusi Lembaga Tawaran kecil tidak lewat dari hari Selasa, 09 April 2019, jam 2.00 petang. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
     
    5. Syarikat-Syarikat adalah dikehendaki untuk membuat lawatan ke tempat projek (site visit) iaitu di lbu Pejabat Jabatan Buruh dan berhubung dengan Pegawai berikut untuk penjelasan lanjut :

NONAMA PEGAWAIJAWATANNO TELEFON
01Samali bin BadarPenolong Pentadbir2383006 ext 5555
02Azrin bin Haji SallehPenyelia Pejabat2383005 ext 5110
03Sharinol Himadi bin Hj SharbiniPenyelia pejabat2383006 ext 5115


6. Tawaran mestilah disertakan bersama dengan salinan Pendaftaran Syarikat dan salinan Sijil Perniagaan (Business Enactment Act Section 16 & 17 ataupun Form X) berserta dengan salinan Kad Pengenalan atau Pasport pemilik-pemilik syarikat.

7. Bayaran penyertaan tawaran hendaklah dijelaskan terlebih dahulu di Unit Kewangan, Tingkat 1, lbu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis sebanyak $50.00 (Ringgit Brunei: Lima Puluh Ringgit Sahaja). Bayaran yuran tawaran tersebut tidak akan dikembalikan.

8. Syarikat-Syarikat adalah dikehendaki menghantar dokumen tawaran (empat salinan) beserta job description yang ditawarkan.

9. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah didapati daripada Unit Kewangan, Tingkat 1, lbu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis dan tarikh terakhir menyerahkan tawaran ke bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri adalah pada 09 April 2019, Hari Selasa jam 2.00 petang.

10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling murah atau sebarang tawaran.


Attachments
Created at 18/03/2019 11:44 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 18/03/2019 11:45 by Kartini Binti Yakub