Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions

Bilangan Iklan:

(1) NDMC/LTK/2018-2019

​Pembelian "Helicopter Fire Fighting Equipment & Accessories" Bagi Keperluan Operasi

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 25/09/2018

Maklumat Perhubungan:

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Yuran Tawaran: BND 30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)

Syarat-syarat tawaran:
  1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan nama-nama perniagaan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

  2. Dokumen Tawaran boleh diperolehi daripada Unit Pengurusan Estet, Aras Bawah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Rabu, 5 September 2018 dan tarikh tutup Selasa, 25 September 2018 (tidak lewat jam 2.00 petang).

  3. Yuran Tawaran berjumlah BND30.00 (tidak dikembalikan) adalah dikehendaki pembayarannya menggunakan WANG TUNAI sahaja. Pembayaran hendaklah dibuat di Kaunter Pembayaran, Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, Tingkat 3, Kementerian Hal Ehwal Negeri, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610 semasa waktu-waktu bekerja.
​​WAKTU MENERIMA BAYARAN
​Isnin hingga Khamis
8.00 pagi hingga 11.00 pagi
2.00 petang hingga 3.00 petang
​Sabtu 
8.00 pagi hingga 10.00 pagi

  1. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup menunjukkan identiti syarikat dan dialamatkan kepada:
Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil
Peti Tawaran, Tingkat Bawah
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610
Negara Brunei Darussalam

  1. Pemborong/Syarikat hendaklah terlebih dahulu untuk membaca, memahami, dan meneliti kesemua skop kerja di dalam Borang Dokumen Tawaran serta mengisi semua ruang-ruang yang diperlukan dengan LENGKAP dan TERATUR. Sebaran kesilapan dan kerugian disebabkan salah tafsir harga tidak akan dilayan selepas tawaran telah dibuka.

  2. Pemborong/Syarikat mestilah menyertakan salinan-salinan Sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagaan Bab16/17/Business Name Extract yang masih sah dalam bidang berkaitan, Resit Yuran Dokumen, Senarai Pemilik Syarikat, Kad Pengenalan pemilik syarikat bagi Warganegara Brunei dan/atau passport Warganegara Asing, Pengetahuan/Pengalaman syarikat dan lain-lain keterangan yang berkaitan.

  3. Pemborong/Syarikat mestilah mengisi Borang Pengakuan Penender/Tenderer's Declaration dengan LENGKAP.

  4. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan borang-borang tawaran yang telah disediakan.

  5. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

  6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
Attachments
Created at 03/09/2018 16:02 by Nusratina Binti Hj Md Daud
Last modified at 03/09/2018 16:02 by Nusratina Binti Hj Md Daud