Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

Bilangan Iklan:

KHEDN/BPK/Q01/2021

​TO DESIGN, SUPPLY, INSTALL AND DELIVERY OF ACRYLIC PLAQUE FOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00AM, 19/05/2021

Maklumat Perhubungan:

Unit Pentadbiran dan Kewangan Tingkat 1 Bangunan KHEDN

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut;

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat/ Pembekal-Pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA.

  2. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Bahagian Unit Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 1 (Right Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Negara Brunei Darussalam.

  3. Bagi Syarikat/Pembekal yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, dan juga Pengesahan Syarikat.

  4. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Pembekal atau Syarikat.

  5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam
    Peti Kotak Sebutharga,
    Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
    Jalan James Pearce,
    Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam
  6. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

  7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.

Attachments
Version: 1.0
Created at 03/05/2021 10:26 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad
Last modified at 03/05/2021 10:26 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad