Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

Bilangan Iklan:

(7)NDMC/TSH/2020-2021

Sebutharga Perkhidmatan Pemuliharaan Landscape Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Bagi Tempoh Kontrak Dua Tahun​

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 26/08/2020

Maklumat Perhubungan:

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan

​Syarat-syarat tawaran:

  1. Tawaran adalah dipelawa daripada pemborong/syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

  2. Bayaran dokumen tawaran sebutharga bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Bahagian Pengawalan Hiburan Awam Dan Penerbitan, Tingkat 3, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610, Negara Brunei Darussalam. Yuran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan/non-refundable) dikenakan bagi setiap sebutharga.

    Waktu menerima bayaran
    ​ISNIN HINGGA KHAMIS
    ​8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
    dan 1.30 petang hingga 3.00 petang
    ​SABTU
    ​8.00 pagi hingga 10.30 pagi

  3. Dokumen tawaran boleh diperolehi di Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jalan Landasan Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bermula pada Isnin, 17 Ogos 2020 dengan membawa resit asal pembayaran dokumen semasa waktu bekerja iaitu:

    Waktu pengambil dokumen tawaran
    ISNIN HINGGA KHAMIS
    ​8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
    dan 1.30 petang hingga 3.00 petang
    ​SABTU
    ​8.00 pagi hingga 10.30 pagi

  4. Pemborong/Syarikat hendaklah terlebih dahulu untuk membaca, memahami dan meneliti kesemua skop kerja di dalam Borang Dokumen Tawaran serta mengisi semua ruang-ruang yang diperlukan dengan LENGKAP dan TERATUR termasuk Company Description Form serta memberikan harga tawaran yang jelas. Sebarang kesilapan dan kerugian disebabkan salah tafsir harga tidak akan dilayan selepas tawaran telah dibuka.

  5. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan borang-borang tawaran yang telah disediakan dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jalan Landasan Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan dikembalikan tidak lewat pada hari Rabu, 26 Ogos 2020 jam 2.00 petang.

  6. Tawaran hendaklah dihantar ke alamat tersebut di dalam sampul surat yang tertutup (sealed) yang bertulis bilangan dan tajuk tawaran berkenaan dan tarikh tutup tawaran tanpa menunjukkan identiti syarikat kepada Pengerusi, Jawatankuasa Sebutharga, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jalan Landasan Lama BB3510, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bandar Seri Begawan, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

  7. Pemborong/Syarikat mestilah menyertakan salinan-salinan Sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagan Bab 16/17/Business Name Extract yang masih sah dalam bidang berkaitan, Resit Yuran Dokumen, Senarai Pemilik Syarikat, Kad Pengenalan pemilik syarikat bagi Warganegara Brunei dan/atau passport Warganegara Asing, Pengetahuan/Pengalaman syarikat dan lain-lain keterangan yang berkaitan.

  8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
Attachments
Version: 1.0
Created at 06/08/2020 09:24 by Nusratina Binti Hj Md Daud
Last modified at 06/08/2020 09:24 by Nusratina Binti Hj Md Daud