Sign In
Web Creator

MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK PERJANJIAN DI ANTARA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN ITPSS SENDIRIAN BERHAD

WhatsApp Image 2023-03-06 at 16.16.49.jpeg


Majlis Penandatanganan Kontrak Perjanjian di antara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Information Technology Protective Security Services Sendirian Berhad (ITPSS) bagi The Supply, Delivery, Implementation, Installation, Testing and Commissioning of Immigration and National Registration System (INRS) dan The Supply, Delivery, Implementation, Installation, Testing and Commissioning of National Labour Management System (NLMS) telah diadakan pada hari Isnin, 06 haribulan, Syaaban 1444 bersamaan dengan 27 haribulan, Februari 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang mana bagi pihak KHEDN telah ditandatangani oleh Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), KHEDN, dan pihak ITPSS Sendirian Berhad diwakili oleh Yang Mulia Shamsul Bahri bin Haji Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif ITPSS Sendirian Berhad.

Hadir selaku Tetamu Kehormat menyaksikan Majlis Penandatanganan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Projek INRS dan NMLS adalah merupakan projek-projek yang dikendalikan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke 11 yang melibatkan penaiktarafan sistem-sistem yang sedia ada dan penyediaan sistem-sistem yang baru di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Buruh bagi mempertingkatkan produktiviti, ketelusan dan efisiensi proses-proses kerja ke arah tahap pengurusan, pengendalian dan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai yang lebih efektif.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya. 


Created at 6/03/2023 4:20 PTG by Nurul Hafizahwati binti Haji Hamidi
Last modified at 6/03/2023 4:23 PTG by Nurul Hafizahwati binti Haji Hamidi
Berita Terkini