Sign In
Web Creator

BENGKEL ASAS PENGAUDITAN - FASA 1

01.jpg

​Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Unit Audit Dalaman telah mengadakan Bengkel Asas Pengauditan - Fasa 1 bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya selama tiga hari bermula pada hari Selasa, 25 haribulan Oktober 2022 hingga hari Khamis, 27 haribulan Oktober 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Jabatan Audit. 

Seramai 31 pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan di Unit Audit Dalaman di Kementerian dan di setiap jabatan masing-masing. 

Bengkel ini adalah bertujuan untuk mengongsikan kefahaman mengenai dengan peranan Audit Dalaman, mengulangkaji fungsi Unit Audit Dalaman, dan memberikan penerangan mengenai dengan proses pengauditan. 

Turut hadir semasa bengkel tersebut ialah Yang Mulia Ketua Unit Audit Dalaman Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 02.jpg

Created at 31/10/2022 9:19 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 12/11/2022 3:48 PTG by Nusratina Binti Hj Md Daud
Berita Terkini