Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PELANTIKAN 3 PEGAWAI KANAN

​.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 Jun. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini dimaklumkan, bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan beberapa Pegawai Kanan.

Pegawai-pegawai Kanan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Tetap, di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan tugas dan tanggungjawab, di bawah Perbandaran dan Daerah.

Timbalan Pengarah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan tugas dan tanggungjawab, di bawah Keselamatan dan Kesejahteraan.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Awang Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan tugas dan tanggungjawab, di bawah Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan.

Tarikh pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa, mulai Sabtu, 18 Zulkaedah 1443 Hijrah bersamaan dengan 18 Jun 2022 Masihi.


Sumber: Pelita Brunei


Created at 18/06/2022 06:27 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 18/06/2022 06:31 by Kartini Binti Yakub