Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN MEMULAKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 76 KALI KHATAM

IMG_7553.JPG

Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 76 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022 telah diadakan pada hari ini, Khamis, 16 Zulkaedah 1443 Hijrah bersamaan 16 Jun 2022 Masehi bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

2. Bagi Daerah Brunei dan Muara, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 76 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan; Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

3. Bagi Daerah Belait, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 76 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Mohamad Jamalul Alam, Kuala Belait. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.

4. Bagi Daerah Tutong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 76 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.  Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Petadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama,  Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.

5.  Bagi Daerah Temburong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 76 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Utama Mohamad Salleh, Pekan Bangar.  Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Perayaan Sempena Sambutan Perayaan bagi Daerah Temburong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung.

6. Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

7. Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di keempat-empat daerah mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta  penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.

IMG_7525.JPGIMG_7553.JPG

WhatsApp Image 2022-06-16 at 5.21.49 PM.jpegWhatsApp Image 2022-06-16 at 9.35.11 PM.jpegWhatsApp Image 2022-06-16 at 9.08.34 PM.jpeg

 


Created at 16/06/2022 21:49 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 16/06/2022 21:55 by Kartini Binti Yakub