Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat
Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam kepada 529 orang penerima yang terdiri daripada pegawai dan
kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya
telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri
Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis Mesyuarat Negara.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan Surah
Al-Fatihah dan diikuti dengan Selawat Tafrijiyyah.
Seramai 146 pegawai dan kakitangan telah menerima Pingat
Indah Kerja Baik (P.I.K.B.). Manakala, seramai 383 pegawai dan kakitangan
menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L.). Penerima-penerima pingat tersebut adalah
antaranya 14 penerima dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; 9 penerima dari Jabatan
Daerah Brunei dan Muara; 14 penerima dari Jabatan Daerah Belait; 14 penerima dari
Jabatan Daerah Tutong; 6 penerima dari Jabatan Daerah Temburong; 50 penerima dari
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan; 20 penerima dari Jabatan Bandaran Kuala
Belait dan Seria; 10 penerima dari Jabatan Bandaran Tutong; 7 penerima dari
Jabatan Buruh; 72 penerima dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan; 247
penerima dari Jabatan Bomba dan Penyelamat; 62 penerima dari Jabatan Penjara;
dan 4 penerima dari Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.
Bagi memberkati Majlis ini, Doa Selamat
dibacakan oleh YM Awang Abdul Najib Syazwan bin Shahrani, Imam Tingkat I,
Masjid Pehin Khatib Haji Abdullah Kampong Kulapis.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha
Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha
Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
.JPG)

