Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PERBARISAN KAWALAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BOMBA, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KALI KE 62

02.jpeg

Bandar Seri Begawan, Khamis 19 Mei 2022 - Pada tahun ini, genaplah usia penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang ke – 62 tahun dengan mengekalkan VISI Jabatan iaitu “Berkerjasama Dengan Masyarakat Bagi Melindungi Apa Yang Mereka Hargai” sejajar dengan tema Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat yang ke - 62 tahun 2022 “Keselamatan Kebakaran Tanggungjawab Bersama” dengan tujuan untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan dan kesedaran tentang bahaya kebakaran dengan mengamalkan aspek tersebut akan dapat mengurangkan kadar kejadian, kerugian serta kehilangan jiwa daripada berlaku.

Kita juga perlu lebih bersedia dan berwaspada agar kita sentiasa dapat bertindak dengan pantas dan cekap serta menghadapi cabaran yang semakin ekstrem dan mencabar serta mencapai kejayaan pada misi yang bakal ditempuhi.

Sehubungan dengan itu, di antara kemuncak aturcara sambutan ialah upacara perbarisan kawalan kehormatan bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,  Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Ketibaan Tetamu Kehormat disambut oleh Yang Mulia Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Lim Hock Guan seterusnya menerima tabik hormat Panglima dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan seramai 32 orang dan seterusnya menyampaikan ucapan.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiusaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri, Yang Mulia Penghulu dan Ketua Kampong serta Jemputan Khas.

Di majlis tersebut juga Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menandatangani lembaran kenangan sekaligus menerima cenderahati yang disampaikan oleh Yang Mulia Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat.

Seterusnya Penyampaian Anugerah Balai Contoh kepada Balai Bomba Muara dan bagi Penyampaian Anugerah Penghargaan Masyarakat Berjasa, kepada seramai 6 orang penerima terdiri daripada orang awam, jabatan-jabatan kerajaan, sekolah kerajaan dan syarikat swasta menerima sijil dan plak penghargaan.

Adapun penerima-penerima anugerah Penghargaan Masyarakat Berjasa ini telah menunjukkan sikap peka, bertanggungjawab yang boleh dijadikan tauladan yang baik dan berguna kepada masyarakat diantaranya seperti bekerjasama, bertindak dengan pantas memadamkan api kecil sebelum merebak menjadi kebakaran besar.

Sebelum meninggalkan majlis tetamu kehormat bergambar ramai bersama pegawai – pegawai serta anggota-anggota di Jabatan ini dan Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Balai Aliman bin Haji Salleh.

Di kesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshall, kursus Life Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

Jika berlaku sebarang insiden, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan makluman yang tepat.
05.jpeg09.jpeg10.jpeg
Created at 21/05/2022 14:44 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 21/05/2022 14:50 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong