1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan kepada orang ramai
bahawa Program Bandarku Ceria akan diadakan semula pada hari Ahad, 14 Syawal
1443H bersamaan 15 Mei 2022M setelah lebih sebulan ditiadakan sepanjang bulan
Ramadan.
2. Aktiviti-aktiviti yang dibolehkan adalah aktiviti berbentuk riadah dan juga aktiviti gerai-gerai jualan.
3. Para pengunjung dan penjaja semasa Program Bandarku Ceria adalah dikehendaki
untuk mematuhi Garis Panduan Fasa Awal Endemik Bagi Kemudahan dan Aktiviti Bagi
Kecergasan dan Rekreasi dan juga Garis Panduan Perkumpulan Ramai yang berkuatkuasa
pada masa ini.
4. Dengan pembukaan semula Program Bandarku Ceria ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri menyarankan supaya para pengunjung dan penjaja untuk sentiasa memberikan
kerjasama dan juga mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan
dari semasa ke semasa.
-TAMAT