Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-76 BAGI TAHUN 2022

IMG_7008.JPG

​Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022 telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat West Wing, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan do'a selamat. Seterusnya ucapan alu-aluan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022. Taklimat mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 telah disampaikan oleh Dr Haji Muhammad Norizni bin Haji Mosli, Pegawai Perubatan Gred II, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan.

Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan termasuklah laporan persediaan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022 iaitu acara-acara  utama seperti Upacara Pengibaran dan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam, Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Do'a Kesyukuran, Istiadat Perbarisan Kehormatan, Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di seluruh negara, Majlis Khatam Al-Quran 76 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara, Regata dan Majlis Ilmu.

Mesyuarat juga turut membincangkan mengenai penerbitan dan percetakan Buku Dirgahayu; Perhiasan Bandar, lampu-lampu cucul, pemasangan 'Giant Billboard', Kain Rentang dan Vertical Banner; dan acara-acara sampingan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Mulia Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai Daerah, Pemangku Pegawai-Pegawai Daerah, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022. 

IMG_7005.JPGIMG_7006.JPG

Mukidamah YB MHEDN selaku Pengerusi JK Kebangsaan Perayaan 2022.pdf

Created at 14/05/2022 15:34 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 14/05/2022 15:35 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong