1.Seramai
lebih 74 orang pegawai dan anggota telah menghadiri
majlis membaca Surah Yassin, Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan
hari Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat kali ke-62, bagi tahun 2022 yang telah
diadakan bertempat di Surau Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Landasan Lama Berakas.
2. Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis itu ialah Yang Mulia Awang Md. Amir Hairil bin Awang haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai Kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
3.Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Lim Hock Guan, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota dan kakitangan di Jabatan Bomba dan Penyelamat.
4. Aturcara
di majlis dimulakan dengan membaca Surah Yassin, Ratib Al-Attas, doa
kesyukuran dan seterusnya doa penutup yang dibacakan oleh Ketua Guru Ugama
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Haji Othman bin Haji Asat.
5.Sejak 62 tahun penubuhan Jabatan
Bomba dan Penyelamat, sehingga kini Jabatan Bomba dan Penyelamat telahpun menyediakan
beberapa program-program dan kursus-kursus seperti Kursus Fire Marshal, Life
Saver 995 dan Taklimat Keselamatan kebakaran. Program dan kursus ini adalah bagi
meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani
kecemasan serta mengetahui tatacara penggunaan alat pemadam api yang betul.
6.Jika berlaku sebarang
insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang
tepat.


