Kuala Belait, 09 April - Majlis Tadarus Al-Quran
Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatannya Tahun 1443H/2022M
diteruskan lagi pada hari ini di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.
Hadir
selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna
Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri.
Hadir
sama di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat
Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang dan Pemangku
Penghulu Mukim Kuala Belait, Yang Mulia Awang Awang Mohd Amir Hairil bin Haji
Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang
Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah),
Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap
(Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Azmi Bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan
Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri, Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah
Belait, Ketua-Ketua Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu
Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung
Daerah Belait berserta penduduk Kampung sekitarnya.
Majlis
dimulakan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang
disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang
Mulia Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal
Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.
Majlis
diteruskan dengan majlis bacaan Tadarus Al-Quran yang diketuai oleh Yang Mulia
Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul
Alam, Kuala Belait dan kemudiannya diteruskan dengan Bacaan Tahlil. Majlis
disudahi dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.
Majlis Tadarus Al-Quran
Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Berserta Rombongan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatannya Tahun 1443H/2022M ini
merupakan salah satu usaha kementerian dalam mendekatkan lagi hubungan
silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan
penduduk-penduduk mukim dan Kampung di Daerah Belait. Aktiviti ini juga adalah merupakan salah satu
aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala di
bulan Ramadhan di samping memakmurkan masjid-masjid berkenaan bersama
penduduk-penduduk kampung di keempat-empat daerah.