Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SIARAN AKHBAR MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BERSERTA ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA 1443H/2022M DAERAH TEMBURONG

06.JPG

TEMBURONG – Khamis, 05 Ramadhan 1443 / 07 April 2022, Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan di bawahnya 1443H/2022M bagi Daerah Temburong telah diadakan di Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong. Majlis ini diselenggarakan oleh Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok.

2. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku ketua rombongan.

3. Majlis dimulakan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang Mulia Awang Sokrati @Hanafi bin Haji Bahrun, Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok.

4. Majlis diteruskan dengan majlis bacaan Tadarus Al-Quran yang diketuai oleh Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok dan kemudiannya diteruskan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Selamat. Sebelum mengakhiri majlis rombongan mengadakan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

5. Di antara tujuan rombongan Tadarus Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke Daerah-Daerah adalah untuk menyemerakkan bulan Ramadhan. Selain itu aktiviti ini dihasratkan dapat menjalinkan hubungan yang erat di kalangan Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berserta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan pemimpin akar umbi.

6. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang); Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Azmi Bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong berserta penduduk Kampung sekitarnya.

7. Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan meneruskan majlis ini di daerah-daerah yang lain.

Created at 11/04/2022 10:43 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 12/04/2022 08:30 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong