TUTONG, 5 April 2022 - Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan
Mukim dan Kampung Beserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan
Jabatan-Jabatan di bawahnya Tahun 1443H/2022M bagi Daerah Tutong telah diadakan
pada hari Selasa, 03 Ramadhan 1443H bersamaan 5 April 2022M di Masjid Rancangan
Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang, Tutong. Majlis ini diselenggarakan oleh
Pejabat Daerah Tutong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit
Beruang.
Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya
diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji
Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Yang
Mulia, Imam Muhd Aisamuddin bin Haji Selaman, Pegawai Hal Ehwal Masjid di Masjid RPN
Kampung Bukit Beruang.
Penyampaian wakaf berupa Air Blower dan Water Jet juga diserahkan daripada Ketua
Rombongan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang Mulia, Imam
Muhd Aisamuddin bin Haji Selaman, Pegawai Hal Ehwal Masjid di Masjid RPN Kampung
Bukit Beruang. Seterusnya diikuti dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim
RPN Kampung Bukit Beruang seramai 30 orang.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara,
Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha
Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, KetuaKetua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan
serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan
di bawahnya, Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu Mukim, Pemangku KetuaKetua Kampung Daerah Tutong, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan ahli-ahli
Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit Beruang serta penduduk kampung.
Majlis ini adalah merupakan salah satu program kementerian bagi mendekatkan lagi
hubungan silaturahim di antara pihak kementerian dengan pemimpin akar umbi dan
penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong. Disamping itu, ianya juga
adalah merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih
manfaat dan pahala di bulan Ramadhan ini.
Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan meneruskan majlis ini di daerah-daerah yang lain.