Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT, DAN AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM

02.jpg

​BANDAR SERI BEGAWAN, 07 APRIL – Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim bagi rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta MajlisMajlis Perundingan Mukim Dan Kampung Tahun 1442H/ 2022M telah diadakan pada hari Khamis, 05 Ramadan 1443H | 07 April 2022M bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong. 

Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yassin dan seterusnya diikuti dengan bacaan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Mohammad Raffi bin Duming, Imam Tingkat I. 

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), , Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah); Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya, serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dari keempat-empat Daerah. 

Majlis ini adalah program tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan serta melipat gandakan pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini.

 -TAMAT-

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam

Created at 11/04/2022 10:17 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 11/04/2022 10:17 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong