Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

GERAI RAMADAN DI BAWAH KAWALAN JABATAN-JABATAN BANDARAN DAN JABATAN DAERAH TEMBURONG

​.

1.     Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa Gerai Ramadan di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan Daerah Temburong akan diadakan bermula 01 Ramadan 1443H bersamaan 03 April 2022M di lokasi-lokasi dan masa yang telah ditetapkan di setiap daerah seperti berikut:-

1.1.  Kawasan Lapang Letak Kereta Jalan Bendahara, Bandar Seri Begawan, Daerah Brunei dan Muara bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam;

1.2.  Kawasan Tamu Gadong Berpayung bersebelahan Pasar Gadong, Bandar Seri Begawan, Daerah Brunei dan Muara bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam;

1.3.  Kawasan Lapang Bangunan Gerai Tudong Saji, Jalan Setia Di-Raja Kuala Belait, Daerah Belait bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam;

1.4. Kawasan Perkarangan Pasarneka Seria, Jalan Lorong 3 Selatan Seria, Daerah Belait bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam;

1.5. Kawasan Lapang berhadapan dengan Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Pekan Tutong, Daerah Tutong bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam; dan

1.6. Kawasan Pejalan Kaki, Pekan Bangar, Daerah Temburong bermula jam 01.30 petang hingga 06.00 petang.

2.     Berpandukan kepada nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan di fasa awal endemik ini, maka pengunjung Gerai Ramadan adalah dikehendaki untuk mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan sepertimana yang digariskan dalam Garis Panduan Fasa Awal Endemik Bagi Pasar dan Gerai Terbuka.  Antara yang digariskan adalah seperti berikut:-

2.1.    Hanya individu yang mempunyai kod warna Bruhealth Hijau atau Kuning akan dibenarkan masuk;

2.2.     Pengunjung Gerai Ramadan yang sudah divaksinasi dan belum divaksinasi adalah dibenarkan masuk;

2.3.     Pengunjung Gerai Ramadan hendaklah sentiasa memakai sungkup muka (face mask) dan mengamalkan penjarakan fizikal;

2.4.    Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan / tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi Gerai Ramadan;

3.     Untuk maklumat lanjut mengenai Gerai Ramadan dan yang berminat untuk mendapatkan petak gerai bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan di talian 8778770, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria di talian 8872233, Jabatan Bandaran Tutong di talian 8282965 dan Jabatan Daerah Temburong di talian 7371265.

4.     Para penjaja dan juga orang ramai yang berkunjung ke Gerai Ramadan adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan-arahan dan nasihat-nasihat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

-TAMAT-

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

Negara Brunei Darussalam

28 Sya'ban 1443H / 31 Mac 2022M


Created at 02/04/2022 06:13 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 02/04/2022 06:14 by Kartini Binti Yakub