Merujuk kepada Siaran Akhbar Jabatan Buruh pada 26hb Mac 2022
mengenai dengan permohonan baru dan penyambungan Lesen Pekerja
Asing (LPA), sebagai tambahan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin
memaklumkan bahawa beberapa perkara telah diselaras dan
dikemaskinikan di antara Jabatan Buruh dengan kerjasama beberapa
agensi yang berkepentingan yang bertindak sebagai ‘regulators’ dalam
sektor-sektor yang berkaitan dan jua dengan pihak Job Center Brunei seperti
berikut:-
1. Mempercepatkan proses permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA)
yang dihadapkan ke Jabatan Buruh dan yang telah memperolehi
‘clearance letter’ daripada Job Center Brunei khususnya bagi sektor
pembinaan, sektor borong dan runcit, sektor perkhidmatan makanan,
sektor pertanian dan perikanan dan agri-makanan disebabkan
kekurangan tenaga kerja;
2. Mengemaskini Borang Pengesahan Alamat dimana majikan hanya
perlu untuk mengisi borang perakuan yang mana ianya bertujuan dan
memastikan majikan untuk bertanggungjawab terhadap
kesejahteraan pekerja mereka dengan menyediakan tempat tinggal yang mempunyai keperluan asas seperti mematuhi keluasan bilik
tempat tinggal, bekalan air, kebersihan dan sebagainya;
3. Menangguhkan sementara keperluan bagi majikan untuk
menghadapkan gambar keadaan rumah dan bilik pekerja dan juga
keperluan mendapatkan pengesahan Ketua Kampong;
4. Bagi Sektor Pembinaan, penyelarasan prosedur telah dibuat di
antara Jabatan Buruh dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri
Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan dimana;
a. Majikan hendaklah menghadapkan salinan projek yang
dijalankan seperti lazim tanpa perlu menyertakan salinan
Borang C dari ABCi semasa menghadapkan permohonan baru
dan membaharui Lesen Pekerja Asing;
b. Borang perakuan (declaration) diperlukan bagi memastikan
majikan bersetuju dan bertanggungjawab terhadap
keberadaan dan kesejahteraan pekerja-pekerja asing di bawah
kawalan mereka apabila projek pembinaan telah selesai dan
sehingga satu tempoh masa projek baru dijalankan. Borang
tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang Jabatan Buruh
www.buruh.gov.bn.
c. Jabatan Buruh dan ABCi akan berterusan secara bersepadu
membuat pemeriksaan ke atas syarikat-syarikat yang telah
diluluskan permohonan Lesen Pekerja Asing mereka, bagi memastikan pihak syarikat akan sentiasa mematuhi undangundang dan peraturan-peraturan kedua-dua Jabatan
berkenaan.
5. Dalam hubungan in, setiap majikan adalah diperingatkan untuk
bertanggungjawab terhadap keberadaan, kebajikan dan
kesejahteraan pekerja asing dibawah syarikat mereka dan sentiasa
mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkuatkuasa pada
masa ini.
6. Bagi sebarang maklumat lanjut dan terperinci mengenai prosedur
dan tatacara kemasukan pekerja asing, orang ramai bolehlah
menghubungi Jabatan Buruh melalui talian 2380256, atau Whatsapp
8363244 atau melayari laman sesawang Jabatan
www.labour.gov.bn.