Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1443H/2022M

07.JPG

​Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj di peringkat Kementerian bagi tahun 1443 Hijrah yang diadakan secara dalam talian. 

Majlis berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr). Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan doa khas. Majlis seterusnya diisikan dengan ceramah khas bertajuk Ke Mana Hatimu Ketika Sembahyang’ yang disampaikan oleh Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah. 

Majlis ini diadakan adalah untuk memperingati peristiwa agung Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, serta untuk menghayati kewajipan dan fadilat melaksanakan sembahyang fardhu lima waktu. 

Turut menyertai majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dari kalangan penghulu mukim dan ketua kampung, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Created at 10/03/2022 14:17 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 10/03/2022 14:17 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong