1. Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan
Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan
mengenai dengan “Perintah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Pindaan), 2021” (Minor
Offences Act (Amendment) Order, 2021) yang dikuatkuasakan bermula 24 Jamadilawal
1443 bersamaan 29 Disember 2021.
2. Perintah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Pindaan), 2021 ini adalah pindaan ke
atas beberapa peruntukan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Penggal 30)
seperti berikut:-
PERTAMA: Perubahan nama Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil atau Minor
Offences Act kepada Miscellanous Offences Act;
KEDUA: Menaikkan kadar hukuman denda dan tempoh hukuman penjara
bagi individu yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah bagi
mana-mana kesalahan di bawah Bab 12 (1) dari Akta Kesalahan-Kesalahan
Kecil (Penggal 30) iaitu bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dengan
pembuangan sampah di tempat awam seperti berikut:
i. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah bab ini,
jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang
2
dari $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama
dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda
tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara
bagi suatu tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau keduaduanya sekali;
ii.Manakala, badan-badan korporat yang melakukan kesalahan
pertama di bawah bab ini boleh dikenakan hukuman denda tidak
kurang dari $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi
kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda
tidak kurang dari $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum
penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau keduaduanya sekali.
Untuk makluman, sebelum pindaan ke atas Akta ini dibuat, hukuman bagi
mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Bab 12 (1) adalah
hukuman denda $1,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua
atau berikutnya, denda sebanyak $3,000 dan dihukum penjara bagi suatu
tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan.
KETIGA: Menaikkan kadar denda kompaun bagi mana-mana individu atau
badan korporat yang ditawarkan denda kompaun bagi kesalahan di bawah
Bab 12 atau mana-mana kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan
Kecil (Penggal 30) yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan
denda kompaun seperti berikut:-
i. Bagi individu, boleh dikenakan denda kompaun tidak melebihi
$1,000;
ii. Manakala, bagi badan-badan korporat, boleh dikenakan denda
kompaun tidak melebihi $2,000.
3
Untuk makluman, sebelum pindaan ke atas Akta ini dibuat, kadar denda
kompaun bagi mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah
Bab 12 (1) adalah tidak melebihi $500.
Seterusnya, mana-mana individu atau badan korporat yang telah
menjelaskan bayaran denda kompaun, maka tiada prosiding lanjut boleh
diambil terhadap individu atau badan korporat itu berkenaan dengan
kesalahan itu.
KEMPAT: Pindaan ini juga mengandungi peruntukan yang membolehkan
tindakan ke atas badan-badan korporat termasuk syarikat, perkongsian atau
persatuan; termasuk juga pegawai-pegawai atau pengurus bagi syarikat,
perkongsian atau persatuan berkenaan. Sebagai contoh, jika sekiranya
sebuah badan korporat didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta
tersebut dengan pengetahuan atau disebabkan oleh pengabaian individu
yang merupakan pegawai atau kakitangan bagi badan korporat itu, maka
pegawai / kakitangan dan juga badan korporat berkenaan akan dikenakan
hukuman.
3. Pindaan ke atas Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Penggal 30) ini adalah salah
satu inisiatif di dalam pelan tindakan yang dirangka di bawah Jawatankuasa Induk IsuIsu Kebersihan. Dengan adanya pindaan ini khususnya melalui peningkatan kadar
denda-denda dan tempoh hukuman penjara, diharapkan ini akan menjadi deterrent bagi
mana-mana individu atau badan korporat dari melakukan kesalahan berkaitan
pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab di tempat-tempat awam di
Negara ini.
4. Di kesempatan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin mengongsikan
bahawa sepanjang tahun 2021, sebanyak 641 kesalahan di bawah Bab 12 Akta
Kesalahan-Kesalahan Kecil (Penggal 30) telah dikenakan denda kompaun oleh agensiagensi Kerajaan yang diberikan kuasa untuk menguatkuasakan Akta ini iaitu terdiri dari
Jabatan-Jabatan Bandaran, Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan Alam Sekitar,
4
Taman dan Rekreasi (JASTRe). Dari jumlah tersebut, sejumlah $107,100.00 denda
kompaun telah berjaya dikutip.
5. Sehubungan dengan ini, melalui pendekatan Whole-of-Nation, usaha-usaha
bersepadu dan holistik perlulah diperkukuhkan dan diperkesankan lagi dengan
melibatkan semua lapisan masyarakat iaitu pihak Kerajaan, pihak NGOs, swasta dan
juga orang ramai di dalam sama-sama bertanggung-jawab dan berusaha bagi menjaga
kebersihan persekitaran di negara ini.


