1.Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa para pemilik
anjing peliharaan atau yang baharu memiliki anjing supaya mendaftarkan anjing
mereka sebelum 1 Februari 2022.
2. Anjing-anjing yang didaftarkan hendaklah berusia tiga (3) bulan ke atas.
Pendaftaran bolehlah dibuat di kaunter-kaunter Jabatan Bandaran Bandar Seri
Begawan, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Jabatan Bandaran
Tutong. Kaunter Pembayaran dibuka pada:
• Hari Isnin hingga hari Khamis dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah
hari dan 1:30 petang hingga 3.00 petang; dan
• Hari Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 10.00 pagi sahaja.
3. Adalah menjadi kesalahan di bawah Bab 4 dari Akta Anjing (Penggal 60),
jika pemilik anjing gagal mendaftarkan anjing-anjing, mereka boleh dijatuhkan
hukuman denda $250.00 atau 14 hari penjara bagi kesalahan pertama, manakala
bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh dijatuhi hukuman denda $500.00 atau
sebulan penjara.
4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin mengingatkan pemilik anjing
supaya anjing yang telah didaftarkan perlulah dikalungkan lencana pada leher
anjing pada setiap masa. Bagi pemilik berdaftar yang mempunyai lencana anjing
tetapi tidak dikalungkan pada anjing tersebut juga akan diambil tindakan dan jika
sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda $250.00 atau sebulan penjara di
bawah Akta Anjing (Penggal 60) Bab 5 (1).
5. Pemilik anjing peliharaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas anjing-anjing peliharaan mereka untuk sentiasa berada di dalam kawasan
rumah sahaja samada di kandang / sangkar atau ditambat.
6. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran anjing peliharaan, orang
ramai bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
di talian 2232426 ext 303; Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria di talian
3335567 / 3347495; dan Jabatan Bandaran Tutong di talian 4221009 / 8282965.
-TAMAT-
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
23 Jamadilakhir 1443H | 26 Januari 2022M