Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, Jawatankuasa Pandu COVID-19 sukacita ingin
memaklumkan mengenai garis panduan berkaitan dengan acara-acara
sempena Sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2022, seperti berikut:
1.1 Jika Sambutan Tahun Baru Cina diadakan di dewan maka,
had kapasiti adalah pada kadar 75% daripada jumlah
kapasiti penuh dewan pada satu masa ataupun maksima
300 orang (yang mana lebih rendah) iaitu mengikut had yang
ditetapkan semasa Fasa Awal Endemik dengan tempoh
tidak melebihi dua (2) jam. Pelaksanaan sambutan
hendaklah mematuhi langkah-langkah pengawalan COVID19 di bawah Garis Panduan Perkumpulan Ramai semasa
Fasa Awal Endemik yang dilaksanakan pada masa ini.
1.2 Jika acara diadakan di rumah persendirian, ahli keluarga
terdekat sahaja dapat meraikan acara berkenaan di rumah
persendirian, di mana perhimpunan hendaklah dihadkan
kepada tidak melebihi daripada 30 orang tetamu dalam satu
masa.
1.3 Acara Lion Dance adalah dibenarkan bagi ahli rumah
berkenaan sahaja secara peribadi (dengan tidak
mengundang ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan yang
bukan tinggal serumah). Dalam pada itu, langkah-langkah
kawalan COVID-19 perlu dipatuhi semasa acara tersebut
diadakan seperti berikut:-
• Semua dewan/rumah mesti mendaftar untuk mendapatkan
Kod QR BruHealth.
• Hanya individu yang telah diberikan vaksin penuh
dibenarkan hadir dan dikehendaki menjalani ujian ART di
rumah kediaman masing-masing sebelum memasuki atau
menghadiri acara tersebut.
• Penggunaan Aplikasi BruHealth dimestikan.
• Hidangan makanan dan minuman dibenarkan tetapi dalam
bentuk makanan pek atau dihidang dalam dome warmers.
• Pemakaian sungkup muka dimestikan kecuali semasa
makan dan minum.
• Penjarakan fizikal dimestikan.
Dalam pada itu juga, dikongsikan beberapa garis panduan
khusus bagi Lion Dance yang boleh diadakan seperti
berikut:-
i. Di perkarangan kawasan rumah-rumah kediaman Ahli-Ahli
Jawatankuasa Pengelola Sekolah, Penasihat-Penasihat dan
orang-orang tertentu dalam masyarakat Tiong Hua;
ii. Di kawasan tokong-tokong (tepikong);
iii. Di dewan-dewan sekolah, dewan-dewan tertutup termasuk
dewan persatuan;
iv. Acara Lion Dance adalah tidak dibenarkan di tempat-tempat
awam seperti hotel, restoran, kedai dan gedung perniagaan;
dan
v. Bagi acara Lion Dance yang diadakan di tokong-tokong
(tepikong), dewan-dewan sekolah atau dewan tertutup, ianya
boleh diadakan dengan berpandukan kepada Garis Panduan
Bagi Gereja dan Tokong (tepikong) semasa Fasa Awal
Endemik iaitu had 75% daripada jumlah kapasiti tokongtokong (tepikong), dewan-dewan sekolah dan dewan-dewan
tertutup berkenaan.
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, orang ramai bolehlah
menghubungi pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bahagian
Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan melalui talian 2223225
ext 335 atau emel kepada laman sesawang
hiburan.awam@moha.gov.bn.