Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT MAJLIS BENCANA KEBANGSAAN

WhatsApp Image 2021-12-11 at 9.58.28 AM (1).jpeg

WhatsApp Image 2021-12-11 at 9.58.28 AM.jpeg

Bandar Seri Begawan, 9 Disember 2021 - Mesyuarat Pertama Majlis Bencana Kebangsaan bagi tahun 2021 telah berlangsung di Aras 1, Bílik Mesyuarat West Wing, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan.

Turut menghadiri Mesyuarat Pertama Majlis Bencana Kebangsaan pada tahun ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major Jeneral (B) Dato Peduka Seri Hajì Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara; Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Kementerian Pembangunan; Yang Berhormat Peguam Negara; Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Díraja Brunei; dan Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei; serta Setiausaha-Setiausaha Tetap dari Kementerian-Kementerian Kerajaan yang lainnya selaku ahli-ahli Majlis.

Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membangkitkan mengenai isu semasa pandemik di mana Negara Brunei Darussalam Brunei telahpun berada di Fasa Peralihan. Walau bagaimanapun, Negara Brunei Darussalam masih lagi behadapan dengan gelombang kedua wabak COVlD-19. lni boleh mendorong negara ini agar terus berwaspada dan bersiap sedia secara bersepadu dalam menangani wabak ini dengan berpandukan garis panduan yang ditetapkan serta menggunakan kaedah pendekatan 'Whole­ of-Nation Approach'. Di kesempatan itu, beliau juga merakamkan penghargaan terhadap Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi terbabit seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Sukarelawan Belia dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pasukan Bulan Sabit Merah dan agensi-agensi yang berkaitan dalarn melaksanakan langkah-langkah membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga mengingatkan mengenai ancaman lain yang dihadapi di negara ini yang menjurus kepada kejadian-kejadian bencana alam seperti banjir, banjir kilat serta angin kencang yang berpunca daripada perubahan musim tengkujuh. Beliau seterusnya menyeru agar ahli-ahli Majlis Bencana Kebangsaan akan dapat meningkatkan kesiapsiagaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam sentiasa terjamin dengan menggunakan pendekatan senegara iaitu termasuk penglibatan dari sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan dan sukarelawan serta para pemimpin akar umbi dalam sama-sama bersiap sedia dan bertindak balas dalam pengurusan bencana bersama agensi-agensi kerajaan sekiranya diperlukan.

Sehubungan ini, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menegaskan kepada agensi­-agensi yang berkenaan untuk memberi perhatian kepada tempat-tempat yang berisiko banjir melalui inisiatif-inisiatif yang sedia ada, selaras dengan pencapaian Negara untuk membina komuniti yang berdaya tahan terhadap bencana melalui tindakan dan pelaksanaan agensi- agensi yang berkepentingan termasuk penglibatan Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung. Di kesempatan itu juga, beliau juga merakamkan penghargaan kepada agensi­-agensi tersebut bagi menangani kejadian banjir seperti rancangan atau projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan bagi mengurangkan risiko banjir di daerah-daerah terjejas, bantuan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama beberapa sukarelawan bagi kesejahteraan penduduk yang terjejas dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaraskan kejadian banjir tersebut.

Mesyuarat telahpun mendengar perkembangan usaha dan inisiatif di peringkat kebangsaan, iaitu perkemaskinian draf Disaster Management Strategic Policy Framework (DMSPF) agar ianya selaras dengan peringkat serantau dan antarabangsa. Antaralain, usaha juga dìtumpukan kepada kesedaran awam di peringkat akar umbi seperti Program Kesedaran Awam Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Masyarakat (CBDRM), Program Kesedaran Awam Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Sekolah (SBDRM) dan program Disaster Preparedness Coordinator (DPC).

Mesyuarat juga menyentuh mengenai komitmen di peringkat serantau melalui mekanisme seperti mesyuarat ASEAN Committee on Disaster Management (ACOM) dan ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) yang telah diadakan pada bulan Oktober tahun ini. Salah satu pencapaian Brunei Darussalam adalah Projek Perkampungan ASEAN yang dikendalikan oleh AHA Centre yang ditanggung bersama oleh Brunei Darussalam, Republik Filipina dan Australia, dan Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Kerajaan Malaysia yang telah ditandatangani pada bulan April tahun ini bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala, khususnya dalam pengurusan bencana dan pengurusan risiko bencana.

Mesyuarat juga telah mendengarkan taklimat daripada Yang Mulia Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan mengenai usaha dan inisiatif Kementerian tersebut secara berterusan dalam mengambil perhatian tindakan-tindakan bantuan ternadap kesejahteraan masyarakat khususnya pengurusan bencana, dan taklimat daripada Yang Mulia Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya mengenai strategi bagi mengurangkan risiko dan impak penduduk-penduduk yang terjejas oleh bnanjir khususnya di Ulu Belait.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 9.58.28 AM.jpeg



Created at 12/12/2021 12:14 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 12/12/2021 12:16 by Kartini Binti Yakub