Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENGEMASKINIAN OPERASI KAUNTER-KAUNTER PERKHIDMATAN ORANG RAMAI DI JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

​.

1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan mengenai dengan  pengemaskinian operasi kaunter-kaunter perkhidmatan orang ramai di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan susulan Kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri pada hari Selasa, 4 Rabiulakhir 1443 bersamaan 9 November 2021 mengenai dengan Fasa Peralihan di bawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19.

2. Selaras dengan Garis Panduan Fasa Peralihan tersebut, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan akan menambah kapasiti dan membuat tambahan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai berkeperluan penting (essential) di Ibu Pejabat dan Pejabat-Pejabat Cawangan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bermula hari ini, Isnin, 17 Rabiulakhir 1443 bersamaan dengan 22 November 2021.

3. Operasi kaunter-kaunter perkhidmatan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang berkaitan dengan pembayaran adalah dari hari Isnin hingga Khamis mulai jam 8:15 pagi hingga 11:45 pagi. Sementara perkhidmatan yang tidak melibatkan pembayaran adalah dari jam 8:15 pagi hingga 1:30 petang.

4. Perkhidmatan-perkhidmatan yang dikemaskini semula adalah seperti berikut:

PERTAMA – PERKHIDMATAN PAS KERJA iaitu:-

Melalui kaedah Drop box bagi - 

Permohonan Visa Kerja yang telah mendapatkan kebenaran masuk Entry Travel Pass (ETP)

Melalui kaedah walk in bagi - 

Permohonan pembatalan Pas Kerja atau Pas Tanggungan bagi sektor Kerajaan, Swasta dan Persendirian; dan
Permohonan penyambungan Pas Kerja dan Pas Tanggungan bagi sektor Kerajaan.

Melalui kaedah tempahan emel bagi - 

Permohonan penyambungan Pas Kerja dan Pas Tanggungan bagi Sektor Swasta dan persendirian; dan
Permohonan Re-entry Visa.


KEDUA – PERKHIDMATAN VISA LAWATAN DAN DIPLOMATIK iaitu:-

Melalui kaedah Drop box bagi - 

Permohonan Visa Lawatan Professional dan Berniaga dengan kebenaran Entry Travel Pass (ETP); dan
Permohonan baru dan penyambungan Pas Penuntut.

Melalui kaedah walk in bagi - 

Permohonan pembatalan Pas Lawatan dan Pas Penuntut

Melalui kaedah tempahan emel bagi - 

Permohonan penyambungan Pas Lawatan Profesional dan Berniaga; 
Permohonan kebenaran perkahwinan bagi warganegara Brunei dan Penduduk Tetap untuk berkahwin dengan warganegara asing.


KETIGA – PENDAFTARAN BARU DAN MEMBAHARUI PASPORT DAN DOKUMEN PERJALANAN YANG BOLEH DIBUAT MELALUI TEMPAHAN WHATSAPP DAN EMEL


KEEMPAT – PERKHIDMATAN KAD PENGENALAN PINTAR iaitu:-

Melalui kaedah tempahan slot melalui emel dan telefon bagi - 

Permohonan Pendaftaran Kad Pengenalan Pintar individu yang mencapai umur 12 tahun iaitu bagi warganegara Brunei dan Penduduk Tetap sahaja;

Permohonan Pembaharuan Kad Pengenalan Pintar yang hilang; 

Permohonan Pendaftaran dan Pembaharuan Kad Pengenalan Pintar yang mana perlu diperbaharui atas urusan mustahak.

Melalui kaedah hotline bagi tempahan slot 
Bagi pengambilan Kad Pengenalan Pintar 

Untuk makluman orang ramai, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan akan melanjutkan waktu operasi kaunter perkhidmatan Kad Pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sehingga jam 3:30 petang pada waktu pejabat. Di samping itu, Jabatan akan juga membuka kaunter pendaftaran pada hari kelepasan awam iaitu pada hari Jumaat bermula 8:15 pagi hingga 11:00 pagi di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Cawangan Jabatan di Kuala Belait. 


KELIMA – PERKHIDMATAN KELAHIRAN, KEMATIAN DAN ANAK ANGKAT iaitu:-

Melalui kaedah tempahan slot melalui emel dan hotline

Permohonan pendaftaran Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat; dan

Pengambilan sijil kelahiran, Kematian dan Anak Angkat.

Untuk makluman orang ramai, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan akan memperluaskan perkhidmatan dengan menggunakan Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, dan Bangunan Serbaguna Persiaran, Kuala Belait bagi perkhidmatan pendaftaran sijil kelahiran dan sijil kematian yang akan bermula hari Jumaat, 26 November 2021.

KE ENAM – PERMOHONAN PERMIT MASUK DAN KERAKYATAN iaitu:-

Bagi permohonan Permit Masuk bagi mendapatkan taraf Penduduk Tetap dan penyambungan Re-entry Permit dan Visa serta permohonan Kerakyatan akan dibuka semula dengan menggunakan kaedah “drop box”.

5. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga ingin merujuk semula seperti yang dinyatakan di dalam Siaran Akhbar Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sebelum ini mana-mana Kad Pengenalan Pintar dan Pas-Pas Imigresen yang telah mansuh serta pendaftaran lewat bagi Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat dalam tempoh penutupan kaunter mulai 14 Ogos 2021, tindakan undang-undang tidak akan dikenakan. Dipohonkan kerjasama orang ramai untuk sentiasa bersabar dalam mendapatkan tempahan awal slot temu janji mereka serta hanya membuat tempahan jika berkeperluan mustahak.

6. Maklumat pengemaskinian kaedah perkhidmatan yang dinyatakan tersebut boleh diperolehi secara lebih terperinci dengan melayari laman sesawang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan www.immigration.gov.bn atau melalui email info@immigration.gov.bn atau talian hotline WhatsApp 7299550.

7. Bagi sama-sama menjaga kepentingan dan kesejahteraan keselamatan orang ramai yang berurusan di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, sukacita mengongsikan sebagai garispanduan dalaman bahawa secara am nya, kapasiti keramaian jumlah orang ramai yang dibenarkan berada dalam bangunan / bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan pada satu masa adalah sudah ditetapkan. 
Jumlah kapasiti setiap bahagian akan dipamerkan selaras mengikut kapasiti dan ruang yang ada dan akan dipamerkan pada setiap bahagian tersebut. Dalam masa yang sama, mereka yang menunggu giliran bagi membuat urusan akan ditempatkan terlebih dahulu di beberapa ruang menunggu di luar Jabatan sebelum diarah untuk masuk ke dalam bangunan secara berperingkat dan berjadual. 

8.  Dalam kesempatan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memohon kerjasama daripada orang ramai dalam usaha kita sama-sama untuk membendung wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam ini, orang ramai adalah diperingatkan untuk sentiasa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. 

-TAMAT-

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam

17 Rabiulakhir 1443 / 22 November 2021M


Created at 22/11/2021 18:20 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 22/11/2021 18:24 by Kartini Binti Yakub