Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
telah membuat lawatan tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir di Daerah
Belait hari ini.
Rombongan diketuai oleh Yang Mulia, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud,
Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang), Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri. Juga turut hadir, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut,
Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Mulia
Pg. Haji Mohd Hasnan bin Pg. Haji Ali, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar),
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput,
Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi dan Yang Mulia
Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait.
Sebelum meninjau ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir, taklimat ringkas disampaikan
oleh Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait selaku Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait dan Yang Mulia Awang Noor
Aflan bin Awang Kachi, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat selaku Incident
Commander mengenai status terkini dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh
agensi-agensi Kerajaan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir.
Sebanyak 05 check point yang telah dilawat bagi lokasi perkhidmatan pengangkutan bagi
penduduk kampung yang terjejas seperti berikut;
1. Check Point 1 – Tempat Letak Kereta Dewan Sungai Mau (Jalan Labi),
2. Check Point 2 – Tempat Letak Kereta Taman Riadah Luagan Lalak (Jalan Labi),
3. Check Point 3 – Jambatan Sungai Kagu, Jalan Merangking,
4. Check Point 4 – Jalan Merangking berhampiran Simpang 1366, dan
5. Check Point 6 – Sungai Patai.
Semenjak Pos Kawalan Insiden / Incident Command Post (ICP) bertempat di Dewan
Serbaguna Kampung Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat diaktifkan pada 11 November
November lalu hingga hari ini, beberapa kawasan di Daerah Belait telah terjejas oleh banjir
iaitu di Kampung Sungai Mau, Jalan Laid Lakang, Jalan Kandul, Jalan Singap, Kampung
Merangking Hilir, Kampung Sukang, Jalan Labi (kawasan Beluhur dan kawasan Sungai Patai)
dan Kampung Bukit Puan.
Sebanyak 19 buah rumah dan 109 orang penduduk kampong yan
terjejas di Mukim Bukit Sawat, 09 buah rumah dan 40 orang penghuni di Mukim Sukang dan
sebanyak 12 buah rumah yang terjejas di Kampung Bukit Puan hingga ke Sungai Patai.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait telah membuat beberapa
tindakan menghadapi banjir dengan memantau paras air setiap hari melalui Jabatan Bomba
dan Penyelamat Operasi B, Cawangan Belait.
Pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat
(JAPEM) juga telah mengedarkan bantuan catuan makanan kepada penduduk kampung yang
terjejas. Manakala pihak Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja membantu dalam membekalkan keperluan-keperluan
logistik seperti perahu/temuai untuk kegunaan operasi dan juga bagi kemudahan
pengangkutan orang kampung yang terjejas.
Hadir sama menyertai tinjauan kerja tersebut ialah Pengarah Pusat Pengurusan Bencana
Kebangsaan, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di Mukim Bukit Sawat dan Mukim Labi
serta pegawai-pegawai agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.
Lawatan tinjauan yang
diadakan adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garispanduan yang
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Dalam kesempatan ini juga, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait juga
ingin menasihatkan orang ramai khususnya kepada penduduk-penduduk kampung yang
terjejas untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang
sewajarnya semasa musim banjir ini.

