Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN TINJAUAN BANJIR DAERAH BELAIT

LAWATAN KE CHECK POINT (1).JPG

​Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah membuat lawatan tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir di Daerah Belait hari ini. 

Rombongan diketuai oleh Yang Mulia, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Juga turut hadir, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Mulia Pg. Haji Mohd Hasnan bin Pg. Haji Ali, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi dan Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait. 

Sebelum meninjau ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir, taklimat ringkas disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait dan Yang Mulia Awang Noor Aflan bin Awang Kachi, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat selaku Incident Commander mengenai status terkini dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir. 

Sebanyak 05 check point yang telah dilawat bagi lokasi perkhidmatan pengangkutan bagi penduduk kampung yang terjejas seperti berikut; 1. Check Point 1 – Tempat Letak Kereta Dewan Sungai Mau (Jalan Labi), 2. Check Point 2 – Tempat Letak Kereta Taman Riadah Luagan Lalak (Jalan Labi), 3. Check Point 3 – Jambatan Sungai Kagu, Jalan Merangking, 4. Check Point 4 – Jalan Merangking berhampiran Simpang 1366, dan 5. Check Point 6 – Sungai Patai. Semenjak Pos Kawalan Insiden / Incident Command Post (ICP) bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat diaktifkan pada 11 November November lalu hingga hari ini, beberapa kawasan di Daerah Belait telah terjejas oleh banjir iaitu di Kampung Sungai Mau, Jalan Laid Lakang, Jalan Kandul, Jalan Singap, Kampung Merangking Hilir, Kampung Sukang, Jalan Labi (kawasan Beluhur dan kawasan Sungai Patai) dan Kampung Bukit Puan. 

Sebanyak 19 buah rumah dan 109 orang penduduk kampong yan terjejas di Mukim Bukit Sawat, 09 buah rumah dan 40 orang penghuni di Mukim Sukang dan sebanyak 12 buah rumah yang terjejas di Kampung Bukit Puan hingga ke Sungai Patai. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait telah membuat beberapa tindakan menghadapi banjir dengan memantau paras air setiap hari melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Operasi B, Cawangan Belait. 

Pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) juga telah mengedarkan bantuan catuan makanan kepada penduduk kampung yang terjejas. Manakala pihak Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja membantu dalam membekalkan keperluan-keperluan logistik seperti perahu/temuai untuk kegunaan operasi dan juga bagi kemudahan pengangkutan orang kampung yang terjejas. Hadir sama menyertai tinjauan kerja tersebut ialah Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di Mukim Bukit Sawat dan Mukim Labi serta pegawai-pegawai agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan. 

Lawatan tinjauan yang diadakan adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garispanduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Dalam kesempatan ini juga, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait juga ingin menasihatkan orang ramai khususnya kepada penduduk-penduduk kampung yang terjejas untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya semasa musim banjir ini.

JALAN SPG. 1366.jpegKEADAAN JALAN SUNGAI BELUHUR.jpeg

Created at 18/11/2021 11:25 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 20/11/2021 12:32 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong