Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Dato Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini telah menghadiri Ministerial Forum
for InteRrnational Cooperation in Disaster Risk Reduction and Emergency
Management secara maya, dianjurkan oleh Kerajaan Republik Rakyat China.
Forum ini adalah hasil
daripada persetujuan Belt and Road Initiative (BRI) yang kedua pada
tahun 2019 yang lalu. Pada tahun ini dihadiri oleh Menteri-Menteri Pengurusan
Bencana dari negeri-negeri yang terlibat, iaitu termasuk beberapa negeri ASEAN,
serta organisasi ASEAN dan antarabangsa, yang bertanggungjawab untuk
menggalakkan daya ketahanan bencana di antara negara dan mitigasi bagi
pengurangan bencana.
Tema bagi forum Belt and
Road Ministerial Forum for International Cooperation Framework for Disaster
Risk Reduction and Emergency Management pada tahun ini, ialah “Strengthening
Disaster Risk Prevention and Improve Emergency Management Capacity”.
Forum yang dilaksanakan itu tertumpu
kepada kepentingan Belt and Road Initiative (BRI) dan konsensus mengenai
kerjasama dalam daya tahan serta pengurusan dan pengurangan risiko bencana,
seperti yang dinyatakan di dalam Beijing Declaration. Di dalam
pernyataan tersebut juga mendorong kerjasama antarabangsa agar dapat
mengukuhkan keutamaan bagi kesejahteraan dan keselamatan rakyat termasuk penyesuaian
langkah pembinaan kapasiti dan peningkatan sistem dan mekanisme pengurusan
bencana bagi meningkatkan tindak balas dan kesiapsiagaan untuk cabaran bencana di
masa hadapan.
Semasa forum tersebut, Yang
Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah merakamkan penghargaan kepada
Republik Rakyat China dengan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan
kolaborasi bersama Republik Rakyat China dalam menyokong penubuhan strategik
bagi pengurusan bencana, dengan meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan
rakyat sekaligus menyumbang kepada pembinaan komuniti yang berdaya tahan.
Yang Berhormat Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri selanjutnya menyatakan persahabatan di antara Brunei
Darussalam dan Republik Rakyat China dalam pelbagai kolaborasi yang memberi
kepentingan bersama dan berharap akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di
antara dua negara tersebut. Ini termasuk penglibatan pertama Republik Rakyat
China yang dikenali sebagai AMMDM Plus China dalam ASEAN Ministerial
Meeting on Disaster Management (AMMDM) iaitu kolaborasi serantau bagi ASEAN
China dalam pengurusan pengurangan risiko bencana yang dikoordinasikan oleh
ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance (AHA Centre).
Beliau juga merakamkan penghargaan terima kasih atas sumbangan juga sokongan
dari Republik Rakyat China terhadap Brunei Darussalam dalam menangani penularan
wabak COVID-19.
Di samping itu, Yang
Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menekankan mengenai ASEAN Summit
ke 39 pada tahun ini yang dipengerusikan oleh Negara Brunei Darussalam dengan
bertemakan ‘We Care, We Prepare, We Prosper’, di mana ASEAN berhasrat
untuk mengukuhkan pencegahan risiko bencana dan meningkatkan kapasiti
pengurangan kecemasan melalui penyelarasan di kalangan Badan Sektoral ASEAN
(ASEAN SHIELD). Ini merupakan antara usaha ASEAN ke arah meningkatkan
kesejahteraan dan kehidupan masyarakat berhadapan dengan cabaran mahupun
serantau atau global. Selaras dengan Belt and Road Initiative (BRI),
iaitu untuk meningkatkan kapisiti dan mengukuhkan daya tahan di dalam bidang
pencegahan risiko bencana.
Turut hadir semasa Ministerial
Forum for International Cooperation in Disaster Risk Reduction and Emergency
Management tersebut ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan
Undang-Undang), Yang Mulia Awang Md. Amir Hairil bin Haji Mahmud serta
pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Buruh, Jabatan
Bomba dan Penyelamat, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Safety, Health and
Environment National Authority (SHENA) dan Urusetia Perubahan Iklim Negara
Brunei Darussalam (BCCS).

