Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri telah mengadakan Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan
Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1443H/2021M secara maya pada hari Ahad, malam
Isnin, 11 Rabiulawal 1443H bersamaan 17 Oktober 2021M. Majlis ini dianjurkan bersama
Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara.
Majlis disertai oleh Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu
Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Majlis ini bermula setelah
menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib dan seterusnya didahului dengan laungan
bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan majlis dikir.
Majlis turut diisikan dengan Doa Dikir, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei
Darussalam dan Doa memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya terselamat
daripada bala dan segala jenis penyakit.
Majlis Dikir Sempena
Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1443H/2021M ini
merupakan salah satu aktiviti tahunan kementerian bagi sama-sama menyemarakkan
lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam dan memeriahkan lagi suasana Sambutan
Maulidur Rasul. Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan warga kementerian untuk
terus berselawat dan memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam.
Majlis Dikir Maulud pada
tahun ini diadakan secara maya buat julung kalinya berikutan penularan jangkitan
COVID-19 di negara ini.
Turut menyertai majlis ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan
Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dari kalangan
penghulu mukin dan ketua kampung, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan,
Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan
di bawahnya, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung berserta Ahli-Ahli
Majlis Perundingan Kampung dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid.
.JPG)