Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

1. PREMIS-PREMIS MAKANAN 2. PASAR-PASAR, TAMU-TAMU DAN GERAI-GERAI DI BAWAH KAWALAN JABATAN-JABATAN DAERAH DAN JABATAN-JABATAN BANDARAN 3. PREMIS-PREMIS ESTABLISMEN KESIHATAN DAN KECANTIKAN (EKK) 4. PROGRAM BANDARKU CERIA 5. PAWAGAM 6. HIBURAN AWAM TERMAS

​.

Berikutan dengan Kenyataan Media Kementerian Kesihatan pada hari Sabtu, 27 Zulhijjah 1442H bersamaan 07 Ogos 2021M berhubung dengan Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, dan ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di negara ini dan demi kesejahteraan dan keselamatan orang awam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai perkara-perkara berikut:-


1.    PREMIS-PREMIS MAKANAN

Bagi premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, food court, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan secara dine-in di premis-premis dan hanya dibenarkan menyediakan makanan untuk dibawa pulang (takeaway) dan delivery saja bermula hari Sabtu, 07 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
 

2.   PASAR-PASAR,   TAMU-TAMU   DAN   GERAI-GERAI   DI   BAWAH   KAWALAN JABATAN-JABATAN DAERAH DAN JABATAN-JABATAN BANDARAN.

 

Pasar-pasar, tamu-tamu dan gerai-gerai di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran adalah masih dibenarkan untuk beroperasi denganmematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berjalan pada masa ini. Walau bagaimanapun, Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong yang beroperasi setiap hari Khamis dan Ahad adalah ditutup bermula hari Khamis, 12 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian. 

3.     PREMIS-PREMIS ESTABLISMEN KESIHATAN DAN KECANTIKAN (EKK).

 

Premis-Premis Establismen Kesihatan dan Kecantikan (EKK) seperti gimnasium, salon kecantikan, kedai gunting rambut, spa dan perkhidmatan urut adalah ditutup bermula hari Sabtu, 07 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
 

4.     PROGRAM BANDARKU CERIA.

 

Semua aktiviti Program Bandarku Ceria termasuk aktiviti berjaja adalah ditangguhkan bermula hari Ahad, 08 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian. 

5.     PAWAGAM.

 

Semua pawagam di negara ini adalah tidak dibenarkan untuk menjalankan operasi perniagaan bermula hari Sabtu, 07 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
 

6.     HIBURAN AWAM TERMASUK PAMERAN JUALAN, BAZAR ATAU EXPO.

 

Aktiviti bagi mengadakan hiburan awam di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri termasuk pameran jualan, bazar atau expo adalah tidak dibenarkan bermula hari Sabtu, 07 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.

7.     PERINGATAN.

 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin mengingatkan pemilik-pemilik / pengusaha- pengusaha / penjaja-penjaja termasuk pengunjung-pengunjung premis-premis makanan, pasar-pasar, tamu-tamu dan gerai-gerai untuk memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan-arahan serta nasihat-nasihat termasuk garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya ingin memaklumkan bahawa ketetapan-ketetapan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dari masa ke semasa berasaskan kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan juga perkembangan situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.
 

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan-Jabatan berkenaan melalui nombor-nombor perhubungan berikut:-
  

PerkaraJabatanNombor Perhubungan
Semasa Waktu
Bekerja
Di Luar Waktu
Bekerja

Premis-Premis Makanan

Pasar-Pasar, Tamu-Tamu Dan Gerai-Gerai Di Bawah Kawalan Jabatan-Jabatan Daerah Dan Jabatan-Jabatan Bandaran

Jabatan Daerah Brunei dan Muara2381454
ext 302
8761287
Jabatan Daerah Belait33480468711316
Jabatan Daerah Tutong

4222491

ext 133

7233954
Jabatan Daerah Temburong5221266
ext 112
7371265
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan2232324
ext 153
7179900


 Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria33406318872233
Jabatan Bandaran Tutong4221009
ext 200
-
Premis-Premis Establismen Kesihatan Dan Kecantikan (EKK)Jabatan Daerah Brunei dan Muara23829557143431
Jabatan Daerah Belait

3334335/6/7

ext 1111/1125

8711316
Jabatan Daerah Tutong

4222491

ext 133

7233954
Jabatan Daerah Temburong5221266/5
ext 117
7371265
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan2232324
ext 153
7179900
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria3330781-58872233
Jabatan Bandaran Tutong

4221009

ext 200

-
Program Bandarku CeriaJabatan Bandaran Bandar Seri Begawan2232324
ext 131
7179900

Pawagam
 

Hiburan Awam termasuk Pameran Jualan, Bazar Atau
Expo

Unit Pengawalan Hiburan Awam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri2240542-

 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam

Created at 09/08/2021 15:16 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 09/08/2021 15:21 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong