Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PELANJUTAN TEMPOH PENGIBARAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Logo Perayaan 2020.gif

Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021 ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pengibaran bendera besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Bagi Tahun 2021 adalah dilanjutkan sehingga hari Rabu, 24 Zulhijjah 1442H bersamaan 04 Ogos 2021M.

Sehubungan itu, Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniai gelaran dikehendaki mengibarkan Bendera Peribadi masing-masing dan orang ramai hendaklah mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam sehingga 04 Ogos 2021.

Created at 29/07/2021 16:38 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 29/07/2021 16:49 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong