Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LATIHAN PENUH MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT DAN PENDUDUK DI DAERAH BRUNEI MUARA

IMG_2488.JPG

Latihan Penuh bagi Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 75 tahun telah diadakan pada hari Rabu, 18 Zulhijjah 1442/28 Julai 2021 bertempat di Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir meninjau raptai penuh tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri kerna Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-75 tahun bagi tahun 2021 untuk membuat tinjauan persediaan pesembahan khas dan seterusnya melihat lokasi sebelum acara kemuncak yang akan diadakan pada 1 Ogos 2021 ini nanti.

Turut hadir Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 75 tahun.

Pada tahun ini Pesembahan Khas bertemakan "Raja Tersohor Kegemilangan Rakyat" akan dipersembahkan oleh para peserta-peserta terdiri penuntut-penuntut dari Sekolah Kerajaan dan Swasta, iaitu dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat menengah. Peserta-peserta dari agensi Kerajaan dan Swasta juga turut menyertai pesembahan ini. 

IMG_2449.JPGIMG_2466.JPGIMG_2454.JPG

Created at 28/07/2021 15:53 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 28/07/2021 16:09 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong