Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERSIAPAN MAJLIS RAMAH MESRA DI DAERAH TEMBURONG

IMG_1523.JPG

Pekan Bangar, 24 Julai 2021 - Latihan penuh persediaan bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun telah diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong.

Hadir semasa tinjauan ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021.

Turut hadir semasa tinjauan tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Temburong, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Temburong serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Tahun bagi Daerah Temburong.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong akan diadakan pada 27 Julai depan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong.   
IMG_1541.JPGIMG_1518.JPGIMG_1534.JPG

Created at 26/07/2021 16:32 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 26/07/2021 16:37 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong