Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KHEDN ADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN

IMG_1700.JPG

Bandar Seri Begawan, 24 Julai 2021 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Ibadah Korban bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama, Berakas. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging korban ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat ini merupakan aktiviti keugamaan tahunan KHEDN sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, serta memberi peluang kepada warga KHEDN untuk mengerjakan ibadah korban sunat yang sangat dituntut dan tinggi nilainya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan takbir hari raya. Majlis kemudian diteruskan dengan mendengarkan ceramah khas 'Cinta Allah Cinta Utama' I’tibar dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihissalam yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Pada tahun ini, sebanyak satu (01) ekor sapi dan dua (02) ekor kerbau telah dikorbankan.

Penerima-penerima daging korban terdiri dari kalangan warga KHEDN dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dan 70 orang penerima dari Mukim Berakas 'A' dan ‘B’ yang berhak menerima.

Majlis dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan; pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

IMG_1664.JPG  IMG_1652.JPGIMG_1710.JPG




Created at 26/07/2021 07:57 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 26/07/2021 16:32 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong