Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA ANAK-ANAK DAMIT YANG LAHIR PADA 15 JULAI 2021 SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

anak lahir.jfif


  1. Seramai 18 anak damit telah diraikan di Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata Kepada Anak-Anak Damit yang lahir pada 15 Julai 2021 di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait.  Tiada kelahiran anak damit dicatatkan di Daerah Tutong dan Daerah Temburong pada tahun ini.  Majlis ini merupakan antara acara utama sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Bagi Tahun 2021. 

  2. Bagi Daerah Brunei dan Muara, seramai 14 anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).  
     
  3. Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata kepada anak-anak damit yang lahir pada 15 Julai 2021 Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 telah di adakan di Bilik Seminar, Aras 2, Blok Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).  Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad, isteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
     
  4. Tetamu Kehormat Majlis telah menyampaikan cenderamata kepada anak-anak damit sumbangan daripada Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021 berupa sumbangan kewangan berjumlah $100.00 yang dikreditkan dengan membuka Akaun Simanja di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), 'voucher' bernilai $50.00 untuk barang keperluan anak damit, sijil penghargaan dan potret kenangan ibu bapa dengan anak damit.

  5. Pada Majlis berkenaan, Perbadanan TAIB turut menyumbangkan cenderamata kepada anak-anak damit berupa Akaun Simanja berjumlah $200.00 dan 'hamper' barang keperluan anak damit bernilai $50.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hajah Khalsom binti Haji Suhaili, isteri Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md. Yussof, Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.
  6. Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) juga telah memberikan sumbangan cenderahati berupa produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di majlis yang diadakan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

  7. Jemputan khas di Majlis tersebut terdiri daripada isteri Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, isteri Yang Mulia Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, isteri Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, isteri Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, isteri Pegawai Daerah Brunei dan Muara, isteri Penghulu-Penghulu Mukim dan para pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Hospital RIPAS dan Perbadanan TAIB.  Majlis turut diserikan dengan zikir marhaban yang disembahkan oleh Biro Wanita Kampong Mentiri.
     
  8. Bagi Daerah Belait, empat anak damit telah dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan (HSSB), Kuala Belait.  Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata kepada anak–anak damit berkenaan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Raudah Hazimah binti Haji Abdul Wahab, isteri Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

     
  9. Turut hadir ke Majlis tersebut ialah isteri Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara (zon 1 dan zon 2 bagi Daerah Belait), isteri Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, isteri Pegawai Daerah Belait, isteri Penghulu/Pemangku Penghulu Mukim, isteri Ketua Kampong/Pemangku Ketua Kampong dan para pegawai wanita Jabatan-Jabatan Kerajaan Cawangan Daerah Belait, Hospital Suri Seri Begawan dan Perbadanan TAIB.  Majlis turut diserikan dengan zikir marhaban oleh kakitangan Hospital Suri Seri Begawan.

  10. Sumbangan cenderamata daripada Perbadanan TAIB telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Sharifah Ratna binti Haji Syed Abdul Rahim, Ketua Jabatan Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran.

  11. Anak damit pertama telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada jam 4:10 pagi dan anak perempuan kepada pasangan Dayang Nurul Asilah binti Haji Emran dan Awang Khirul Afizah bin Jaidin. 

  12. Anak damit terakhir telah dilahirkan pada jam 8:48 malam di Hospital RIPAS dan anak lelaki kepada pasangan Dayang Nurul Jannah binti Zohari dan Awang Muhammad Shahrul bin Haji Mat Serudin. 

    TAMAT-


    KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

    NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    05 Zulhijjah 1442H | 16 Julai 2021M

     anak lahir2.jfifanak damit 3.jfifanak lahir 4.jfif
Created at 17/07/2021 10:20 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 17/07/2021 10:26 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong