Majlis Membaca Ratib Al-Attas sempena Persiapan Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah-Daerah telah diadakan petang ini bertempat di Surau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun 2021.
Majlis didahului dengan bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan seterusnya Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah.
Hadir di majlis ini ialah Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis ini juga adalah bagi memohon kelancaran dan kesempurnaan Upacara-Upacara, Majlis-Majlis serta Acara-Acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
01 Zulhijjah 1442H / 12 Julai 2021M