Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Unit Keselamatan Kerajaan, Jabatan Keselamatan Dalam Negara hari ini telah mengadakan taklimat berkaitan Dengan Keselamatan Dokumen dan File di Dewan Serbaguna, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Hadir bagi menyampaikan taklimat ini ialah Yang Mulia Rafidah binti Mohammad, Penolong Pegawai Staf Tingkat I, Unit Keselamatan Kerajaan, Jabatan Keselamatan Dalam Negara.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada pegawai/kakitangan berhubung aspek pengurusan bahan rasmi Kerajaan yang berklasifikasi mengikut akta dan surat keliling yang ditetapkan.
Seramai lebih 65 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya menghadiri taklimat ini.