Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-75

IMG_0743.JPG

1. Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 diadakan pada hari Khamis, 20 Zulkaedah 1442H bersamaan 01 Julai 2021M bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. 

2. Hadir selaku Tetamu Kehormat di upacara tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021.

3. Hadir sama di upacara tersebut ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

4. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Begawan Mudim Awang Abdul Latif bin Haji Saman. 

5. Seterusnya, pasukan seramai 75 orang Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam bergerak masuk yang terdiri daripada anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Penjara dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

6. Pasukan Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam terdiri daripada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei bergerak masuk. Setelah itu, penerimaan dan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berukuran 3.7m x 7.5m disempurnakan oleh Tetamu Kehormat untuk seterusnya dinaikkan dan dikibarkan.

7. Seterusnya Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan".

8. Tetamu Kehormat seterusnya menyempurnakan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam berukuran 2.5m x 1.2m dan Poster-Poster Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 kepada Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait; Yang Mulia Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.

9. Upacara Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam di daerah-daerah lain diadakan sejurus selepas Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 di Bandar Seri Begawan. 

10. Tetamu Kehormat di Daerah Brunei dan Muara ialah Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan; di Daerah Belait ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Mulia Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media), Jabatan Perdana Menteri selaku Tetamu Kehormat di Daerah Tutong; Yang Mulia  Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan di Daerah Temburong. Seterusnya Tetamu-Tetamu Kehormat di daerah-daerah berkenaan menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim daerah masing-masing. 

11. Dengan berkibarnya Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan bermulanya untuk mengibarkan bendera di seluruh negara.  Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini akan secara berterusan berkibar di Pusat Bandar Seri Begawan sehingga 31 Julai 2021M. 

-TAMAT-

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

Negara Brunei Darussalam 

20 Zulkaedah 1442H / 01 Julai 2021M

Created at 01/07/2021 10:55 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 01/07/2021 10:56 by Kartini Binti Yakub