Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-61 TAHUN

IMG-20210616-WA0057.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 16 Jun 2021 - Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menyambut upacara hari ulang tahun yang ke-61 tahun dengan tema "Keselamatan Kebakaran Tanggungjawab Bersama" dengan tujuan untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan, kesedaran dan bahaya kebakaran yangmana dengan mengamalkan aspek tersebut akan dapat mengurangkan kadar kejadian, kerugian serta kehilangan jiwa daripada berlaku.

Kemuncak aturcara sambutan ialah upacara perbarisan kawalan kehormatan statik yang diadakan di Dewan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, dan hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,  Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Ketibaan Tetamu Kehormat disambut oleh Yang Mulia Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Lim Hock Guan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Behormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya serta Jemputan Khas.

Di majlis tersebut juga Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menandatangani lembaran kenangan dan menerima cenderahati yang disampaikan oleh Yang Mulia Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat.

Seterusnya Tetamu Kehormat menyampaikan ucapan dan kemudian menyempurnakan penyampaian Anugerah Balai contoh bagi tahun 2021 yang disandang oleh Balai Bomba Unit operasi Wanita, Cawangan Operasi C yang dikira dari beberapa sudut iaitu:

  1. Sudut operasi

    Menetapkan bidang penilaian menjurus kepada pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepakaran dalam pengendalian serta memastikan keselamatan komponan yang melengkapi alat pernafasan dan keselamatan pengunaan semasa beroperasi, dengan mengambil kira prosedur teknik, keselamatan serta disiplin termasuk kemahiran 'Firemanship' ketika gerakan operasi juga diambil kira.

     
  2. Sudut perancangan dan latihan

    Menekankan latihan 100 jam setahun, program latihan harian, bulanan dan tahunan termasuk laporan-laporan latihan yang telah ditetapkan bagi setiap anggota operasi dibalai-balai.

     
  3. Sudut teknikal

    Penilaian tertumpu kepada cara pengurusan dan menjaga kebersihan jentera, alat penyelamat, perkakas serta kebersihan kawasan sekitar balai.

     
  4. Sudut pentadbiran dan kewangan

    Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan sistem pentadbiran dan kewangan mengikut prosedur, teratur dan kemaskini.

Sebelum meninggalkan majlis tetamu kehormat bergambar ramai bersama pegawai – pegawai serta anggota-anggota di Jabatan ini.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Penolong Penguasa Bomba Haji Hassan bin Haji Jamuddin.



Created at 16/06/2021 14:54 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 16/06/2021 14:54 by Kartini Binti Yakub